Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualamualaikum.
Alhamdulillah, hari ini dah masuk 3 Syaaban, semakin dekat dengan Ramadhan. Moga kita semua berkesempatan bertemu dengan Ramadhan tahun ini, insyaAllah. Setahun dah berlalu, hari ini baru dapat ilham rasa nak menaip dalam blog yang semakin sepi. Terasa ingin berkongsi cerita tentang insan-insan yang pernah hadir memberi inspirasi, asbab kekuatan sehingga hari ini. Terima kasih ya Allah kerana diberi peluang mengenali insan-insan ini. (:
Throwback kenangan 2010, waktu aku kelas 2 Ibnu Kathir, "Kami Abadi" hehe , Ustaz Anas mengajar aku Bahasa Arab slot untuk ATA (Arabic Teaching Assistant) bukan ajar buku teks arab tapi ajar syair-syair dan ayat al-Quran. Walaupun kelas ustaz, aku dan kawan-kawan selalu mengantuk tapi aku tetap kena concentrate sebab ustaz tak faseh Bahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Melayu, jadi akhirnyaaa aku kena terjemah dekat kawan-kawan *muka perasan* haha. Sebenarnya, aku kurang faham jugak, tapi adalah sikit-sikit aku faham hehe. One day, ustaz Anas bawa kami masuk Learning Studio, biasanya kalau masuk Learning Studio mesti sebab nak nyanyi lagu Arab, tapi haritu, ustaz ajak kami nyanyi lagu For The Rest of My Life - Maher Zain. Hari itu rupanya hari terakhir kami belajar Bahasa Arab dengan Ustaz. Ustaz nak balik ke kampung halamannya, Syria. Dan, aku ingat tu adalah hari terakhir aku jumpa ustaz. Rupanya, sangkaan aku meleset. Itu adalah permulaan, permulaan kisah aku dengan wanita Syria yang mengubah hidup aku.
Tahun 2011, aku dengar desas-desus mengatakan Ustaz Anas bawak isteri dia datang Malaysia. Waktu tu, memang terujaa sangat nak jumpe isteri ustaz tapi, malangnya ustazah duduk dekat Imtiaz A, so, takde kesempatanlah nak berjumpa. Alhamdulillah, taqdir Allah, suatu petang yang indah bersama tiupan angin sepoi-sepoi bahasa tatkala aku dan kawan-kawan tengah berehat di meja bulat depan dewan Ulul Albab, ternampak ustaz dengan seorang wanita berpurdah, nampak mata dia jee. Ustaz panggil aku dan cakap.. "Ya, Mawaddah, haazihi, zaujatii", "Mawaddah, ini isteri saya", waktu tu aku mampu sengih dan salam je, bukan sebab aku jeles, k hehe, tapi speechless dan tak sempat nak translate perkataan-perkataan Bahasa Melayu dalam kepala aku. Lepastu, aku jarang jumpa ustazah sebab ustazah duduk di Imtiaz A dan aku di Imtiaz B.
Tahun 2012, aku melangkah masuk ke Imtiaz A or Imtiaz Atas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Masuk Imtiaz A nie kena tabah terutama apabila tengok dar-dar nyaa yang MashaAllah, zuhud. Tapi, tulah yang ajar aku erti tabah dan hidup susah (': belum lagi perpustakaannya yang tunggu masa untuk rebah menyembah bumi namun Alhamdulillah sampai aku menamatkan pelajaran kat sana, perpustakaan tu masih teguh berdiri. Pengajaran, don't judge a library by it's building haha (budak id je paham). Duduk Imtiaz A nie, aku selalu jumpa dengan ustazah sebab ustazah selalu solat dekat musolla. Waktu form 4 nie pon, aku masuk debat Bahasa Arab dan ustazah dan ustaz yang tolong buatkan teks untuk aku jadi memang selalu jumpa dengan ustazah. Tingkatan 4, aku dah rapat sangat dengan ustazah. Waktu aku pergi debat Bahasa Arab dekat USIM, aku duduk sebilik dengan ustazah dan ustazah Maya. Share satu tilam lagii tuu, hehee dan waktu tu lah aku tahu ustazah sedang mengandung (: Btw, nama ustazah tu, ustazah Rima. Aku takde sekeping pun gambar ustazah tapi, insyaAllah wajah dia takkan pernah hilang daripada ingatan. Biar jauh dari mata tapi hati takkan lupa (':
Pada suatu pagi yang tenang, waktu aku sedang periksa akhir tahun tingkatan 4 kertas Bahasa Arab, terdengar bunyi ambulans. Hari yang datang dengan berita sedih dan gembira. Hari, lahirnya seorang puteri bernama Rawiyah dan perginya seorang guru, Cikgu Kamaruddin. Aku tak sempat tengok Rawiyah tahun tu sebab dia duduk hospital lama sangat. Tahun 2013, adalah kali pertama aku bertemu dengan dia. Aku tahu, dia mesti tak sabar jumpa aku sejak lahir sebab hari-hari waktu dalam perut mak dia, dia dah dengar suara aku hehehe.
Kalau anda-anda yang sedang membaca tertanya, "Mawaddah, ape yang awak bebel niee? Kenapa panjang sangaaaaat?" hehe. Maaf sahabat, terutama sahabat-sahabat yang aku paksa bacaaa. Aku coretkan semua kenangan dengan ustaz Anas dan ustazah Rima dekat sini sebab aku tak nak lupa, aku tak nak lupa setiap detik bersama mereka. Bukan mereka je, cikgu-cikgu lain pon insyaAllah aku akan ingat selalu, mana mungkin aku lupa murabbi-murabbi osem yang hadir dalam hidup aku. Kalau lah dulu, aku ada diari waktu kat Imtiaz, akan aku catitkan setiap kenangan, coretan setiap hari sampai penuhh diari kuning yang sekolah bagi tuu. Aku ada cita-cita nak buat novel pasal Rawiyah jadi aku tulis semulaa semua kenangan supaya nanti bila aku kehapusan idea aku boleh rujuk semula. Sahabat-sahabat ejensolehah pon boleh cerita kenangan kalian dekat imtiz di ruang komen ye. (:
Sekian sahaja coretan kali nie, sambung beberapa jam kemudian pulak. (:
rinduuuu rinduuuuu rawiyah ustazah rima. bace post awak, terbayang je muka satu family T.T
ReplyDeleteAwat sedih ngat mawaddah niii macam nak leleh je baca. Semua kenangan kat A tuu menerjah huhuhuuu 😢😧😢
ReplyDeletedon’t judge the happiness by its ’zink biru’ . hahhaaaahaa gelak sorg diri je mampu teringat kenangan dulu especially waktu hot gejala mencuri perasaan cemas bagai perghh tuhan je yg tahu .hhaaha
ReplyDeletesaya nk tengok mawaddah jr :(
ReplyDelete