Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌼
Nama saya Mawaddah, berumur 22 tahun. Pelajar tahun akhir di Universiti Malaysia Sarawak, program Sains Haiwan.
Saya memang minat berbisnes sejak kecil 😆 dari sekolah rendah memang dah suka berniaga hahah. Saya jual gelang dari manik-manik dengan tali tangsi tuu, kak @sumarni mukhis buatkan. Then saya jual dekat sekolah. Waktu tu baru darjah 5 macam tu lah. Pernah kena rampas dengan Muallimah @Khamilah Amzat 😂 bila ingat semula kenangan - kenangan tu. MasyaAllah memang patut dah jadi usahawan berjaya sekarang ni.
Pinjam ye Encik Google, halalkan tauu tau. |
Ihsan Encik Google jugak. |
Bukan je jual gelang, saya juga buat tali jalin - jalin ikat tuu (boleh rujuk gambar). Gigih beli tali benang tu lepas tuisyen 🤣 banyak jugak dapat tempahan. Customer memang boleh pilih warna benang lagi.
Kesimpulannya memang dari kecil dah ada minat berniaga. Turun dari sape pon taktahu sebab mama dan baba takdelah minat berniaga sangat hehe.
Naik sekolah menengah, slow down sebab fokus PMR, SPM. Jadual padat. Sibuk dengan program (maklumlah waktu tu jadi Biro Badar yang digeruni hahah 😂 patut jadi bendahari kan? 🤭)
Bila masuk Pra-Universiti, waktu inilah belajar nilai duit yang sebenar. Yelah, waktu sekolah menengah, makan semua di Dewan Makan. Tak perlu keluar duit untuk makan. Di universiti, semua perlukan duit! Cucuk ATM RM 50, tak sampai seminggu dah LESAP - - Belum lagi fikir duit tiket nak naik belon balik Semenanjung. Memang in the end, waktu asasi, mereput setiap kali cuti sem. Nak keluar jalan - jalan explore Sarawak pon teda duit. Sebab nak kena sewa kereta, minyak, makan dll. Maka berhuhu lah di kolej setiap kali cuti. Tempat paling kerap pergi hanya Summer, jalan kaki je dari Kampus Timur. The Spring memang tak pernah jejak, tak kenal lagi ayam penyet, aiskrim gula apong, Mom's Laksa. Memang katak di bawah tempurung. Hujung - hujung asasi, baru dapat merasa mee kolok. Kalau tak, memang makan beli kat koop Pak Dol je 😁
Naik degree, mood bisnes kembali 💪🏻 macam macam benda jual, daripada stokin silvy - > tudung hazieziz - > faraalip butter - > bantal cecomels - > adania - > spaghetti - > puding truffle - > green tea - > fetching service - > sewa kete - > dap dap leleh dll. Banyak gila. Duit masuk memang masuk. Untung ada. Rugi pon ada.
Waktu tu buat bisnes sebab suka suka. Takde reasons. Memang nak duit, tapi taktahu untuk apa. Memang berjoli sakan.
Sehinggalah diuji dengan ditarik nikmat kesihatan fizikal dan mental. Itu fasa terkapai - kapai mencari definisi kehidupan. Apa tujuan hidup?
Bila kau bertanya kenapa aku hidup? Pelbagai soalan akan datang di minda.
Jawapan yang pertama pastilah untuk beribadah kepada Allah. Manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi.
Lalu, persolan kedua. Bagaimana untuk aku terus hidup? Dua pilihan : hidup senang / susah.
Kalau jawapannya senang, bagaimana aku nak hidup senang?
Kenapa aku kena hidup senang?
Seorang Mawaddah takkan lari dari berjuta soalan. Sel otak terlampau berhubung 😂
Penghujung Disember 2017, terjumpa post di fb. Kursus Usahawan Mobile & Home Spa!
Ting! Ting! Tang! Ting! Bunyi idea masuk.
2018, aku nak buat Mobile Spa. Target student UNIMAS 😁 terus contact mak tam. Malam tu jugak daftar segala bagai hehe.
Cuti sem terus jumpa Master Ainul untuk training spa. Pergh Master Ainul ajar cara nak bina vision board. Big why kenapa berbisnes. Terus nampak jalan terang berderang. Balik rumah terus facial mama, kak wani, kak atty, kak miza dan abang di hehe. Foot spa kaki baba (dua kali!) Balik unimas, terus facial bell, izzy, farah, nad, qeah. Pergh memang semangat sangat.
Master Ainul datang Sarawak, bagi talk Business Opportunity Preview tentang The Walking Beauty Home & Mobile Spa. Lagi terbakar 💥
Terus upgrade jadi Trainer in Mac 2018. Recruit 5 orang beautician baru.
Now, April 2018. Jadi mentor untuk #ProjekbuatduitTWB. Ada 17 kekosongan lagi bagi yang berminat hiks 😜
Kenapa tiba - tiba saya berapi bisnes? Dah tak malu - malu nak promote sana sini. Sebab saya dah ada vision. Saya dah ada big why saya.
1. Saya nak bawa mama baba saya pergi Cappadocia, Turki. Nak naik belon udara haha. (spesifik gila kan)
2. Saya nak beli rumah pertama ketika berusia 25 tahun (2021)
3. Saya nak kawen 😂
4. Saya nak travel seluruh dunia.
5. Saya nak kerja sendiri (home based business) yang memudahkan saya buat charity work
Dan banyak lagi 😘
My girl crush adalah Vivy Yusof. Setiap hari cek instagram dia jadikan pembakar semangat. Saya selalu tengok Bella Ammara, Calaqisya, Rayyan Haya, Wardhatulbaydahijab dan banyak lagi top fashion branding yang diasaskan oleh orang muda. Mereka mungkin berjaya dalam bidang fesyen.
Let me berjaya dalam bidang spa, kecantikan dan kesihatan.
One day, saya nak buka 1 villa khas untuk wanita. Ada kolam renang, spa, gym, kafe, butik dll khas untuk wanita - wanita leisure themselves lepas penat bekerja dan menguruskan keluarga.
Everyone doakan saya ye!
With much love,
Mawaddah.
Future Young Rich Entrepreneurs 🙆
No comments