Business Fundamental 01 : A BIG WHY

Business Fundamental 01 : A BIG WHY


Bismillah ar - Rahman ar - Rahim
Assalamualaikum!


InsyaAllah hari ini saya nak cerita tentang asas memulakan perniagaan iaitu A BIG WHY.


BIG WHY

Apa itu BIG WHY?

Big why adalah reasons (sebab) yang sangat besar kenapa kita memulakan sesuatu perniagaan. Kita nak capai apa dalam bisnes kita. 

Kenapa perlu ada BIG WHY?

Bila kita buat sesuatu, kita kena ada tujuan, misi dan visi.

Apa tujuan kita hidup?

Dalam al-Quran pon ada bagitahu bahawa tujuan hidup seorang Muslim itu adalah untuk beribadah.

Bila nak buat bisnes pon kita KENA, MESTI, WAJIB ada BIG WHY.

Kalau takde? Apa jadi?
Bila kita tiada tujuan, visi, maka kita kan buat sesuatu sambil lewa.
Kalau dapat customer, dapatlah.
Kalau tiada sale, takpelah. Takde rezeki.

Bila ada halangan, kita terus mengalah.

WHEN YOUR WHY IS BIG ENOUGH, YOU WILL FIND YOUR HOW

Jika KEMAHUAN sebesar gajah, HALANGAN akan jadi sebesar kuman

Sebab itu, bila kita ada BIG WHY, segala alasan, masalah, semua akan kita atasi! 

Tapi, orang yang tiada BIG WHY, dia akan bagi 1001 alasan.

"Saya malulah nak promote dekat social media"
"Saya sibuk, tak sempat"
"Saya taktahulah tentang produk"

Dan bermacam-macam lagi alasan. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Adakah aku antara orang yang kerap bagi alasan macam ni?


Bila kita tiada BIG WHY, kita akan kerap bagi alasan tanpa fikirkan jalan penyelesaian.

TAPI, kalau kita ada BIG WHY yang sangat besar, impian yang sangat kita nak capai, kita akan cari jalan untuk capai impian. BY HOOK OR BY CROOK. Kita akan cari jalan penyelesaian. 

Sebab apa?
Sebab kita nak sangat tunaikan impian tu.
Sampai tidur pun dah tak lena, mandi pun dah tak basah.
Sampai lapar pon dah tak terasa.

Perlu ke ada cerita hidup sedih untuk capai BIG WHY?

"Saya ni daripada keluarga susah..hidup dekat kampung..kais pagi..makan pagi.."

Kalau hidup selesa dan senang, tak perlu ada BIG WHY ke?

Pernah dengan tak zon selesa yang sengsara? 
Contoh, hidup dalam rumah kayu usang, tapi ada astro ada wifi. Dapat gaji, beli topup.

Ha, tu contoh zon selesa yang sengsara.

Kita tak nak bagi kehidupan lebih baik. Asalkan ada telefon, internet.

Tak teringin ke rumah banglo? 

Nak cari BIG WHY ni macam mana?

1. PUSH FACTOR

Faktor yang menolak kita keluar dari zon selesa, yang memaksa kita untuk tunaikan sesuatu.

Contoh :
"Saya nak hantar mak ayah saya pergi umrah"
"Saya nak bagi duit setiap bulan dekat mak ayah saya"

Ada orang, BIG WHY besar. Tapi tak berubah. Sentiasa ditakuk yang sama.

Sebab apa?

Sebab dia hanya berharap. 

Contoh :
"Harap-haraplah dapat hantar mak ayah umrah tahun ni"
"Harap-haraplah dapat sales 15 juta"

Bagi dia, kalau tak dapat capat BIG WHY tu, takpe. It's okay.
Takde dateline. Tarikh bila dia nak capai semua tu.

Takde strategi, takde plan.

2. Pull Factor

Impian besar yang kita nak capai.

Contoh :
"Saya nak ada 5 buah rumah sebelum umur 40 tahun"
"Saya nak kereta BMW"
"Saya nak gaji RM 50 000 sebulan"

Kita kena tahu dengat SANGAT JELAS, apa yang nak bila kita buat sesuatu bisnes.

Jadi, malam ni, fikir-fikirkan tujuan kita berbisnes. 
Tulis 100 sebab kenapa aku join Shaklee?


Kesimpulan post malam ni, sebelum kita memulakan perniagaan, kita kena tahu apa kita nak capai dengan perniagaan tersebut. Kita kena ada visi. 

InsyaAllah, nanti cikwaddah akan share Vision Board cikwaddah. Vision Board adalah bila kita visualised BIG WHY kita.

Saya sangat bersyukur sebab jadi sebahagian daripada keluarga Shaklee yang sangat positif! Mana-mana yang nak join team Shaklee saya boleh contact saya di 0105751869.

Saya bersedia nak bantu anda.


Ingat,

ANDAI IMPIAN KITA TU TAK BUAT KITA TAKUT, TAK BUAT KITA SEMAKIN AGGRESIF BERBISNES, TAK BUAT KITA SEMAKIN RAJIN..

IMPIAN KITA BELUM CUKUP BESAR.



[Catatan malam ni merupakan kesimpulan, rumusan daripada kelas Projek Buat Duit LAT by Master Hafsah]

Bagi sesiapa yang berminat nak jana income kepuk-kepuk dengan Shaklee, boleh hubungi saya di 0105751869.









No comments