ALFALFA - RAJA HERBA MODEN


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum


InsyaAllah hari ini saya nak share tentang pokok Alfalfa.
Ha! Siapa pernah dengar tentang pokok alfalfa ni?


Ini lah pokok alfalfa! Bukan TAUGEH ya kawan-kawan. Nampak serupa, tapi tidak sama.


Dekat Malaysia, penanaman alfalfa ni masih belum meluas.
Biji alfalfa atau rumput alfalfa ini diimport dari luar negara seperti China, USA dan Australia.

Harga sekilo biji alfalfa ni boleh mencapai RM 40 satu kilogram dan pernah mencapai RM 1000 bagi 25 kilogram. Tu baru biji benih tau! 
Kenapa mahal sangat alfalfa ni?! 
Okay, kita berkenalan dulu dengan RAJA HERBA MODEN ni.
Baru jatuh cinta kan.

Apa itu Alfalfa?

Nama saintifik bagi alfalfa ini adalah Medicago sativa berasal daripada keluarga kekacang (legumes) sama seperti soya dan walnut. 

Alfalfa dapat tumbuh sehingga tinggi satu meter dan memiliki sistem akar yang sangat dalam sehingga mencapai panjang 4-5 meter. Akar yang sangat panjang tu menyebabkan alfalfa ni mempunyai keistimewaan untuk tahan daripada kering dan dapat menyerap mineral yang tidak dapat dijumpai dipermukaan tanah. Sangat WOW kan!




Bagaimana alfalfa ni mendapat nama?

Sangat sangat istimewa! Perkataan alfaafaa ni disebut di dalam al-Quran, surah an-Naba' 78:16.


Orang Arab, Parsi dan Mediterranean ni dah menggunakan tumbuhan alfalfa ni sejak berabad lamanya sebagai makanan kepada manusia dan haiwan ternakan.

Mereka menggelar tumbuhan ini dengan nama alfalfa yang bermaksud bapa segala tumbuhan.

Sebab apa? Sebab bila haiwan ternakan mereka makan tumbuhan ni.. semua jadi bertenaga dan kuat!


Di Eropah, alfalfa ni orang makan sebagai salad tau!


Macam sedap kan!


Apa khasiat alfalfa ni?

Tumbuhan alfalfa ni merupakan rawatan semulajadi bagi masalah kolestrol dan dikenali dapat menurunkan low-density lipoprotein (LDL-kolestrol jahat) tanpa mengurangkan high-density lipoprotein (LDL-kolestrol baik)

Kajian juga menunjukkan alfalfa ni dapat menurunkan kadar gula dalam darah kerana alfalfa mengandungi kandungan manganese yang tinggi. Tahap manganese yang tinngi dapat membantu pesakit diabetes (kencing manis) yang tidak respon kepada insulin.
Tumbuhan ini menyediakan lebh 300 nutrisi dan mineral termasuk  calcium, phosphorus, iron, magnesium, chlorophyll, bioflavonoids dan vitamin.

Alfalfa juga mengandungi 7 enzim untuk pencernaan pada kadar yang sepatutnya. Semua 7 enzim pencernaan ni dapat membantu proses pencernaan bagi semua kelas makanan yang kita ambil. Sebab itu orang yang nak kurus akan makan alfalfa sebagai eje detoks.
Tumbuhan ini adalah antara tumbuhan yang paling lengkap dan kaya dengan zat. Selain dari 7 enzim yang terkandung dalam Alfalfa, raja herba ini juga turut mengandungi 16 vitamin, 17 mineral, dan amat kaya dengan protein.
Seronokkan baca khasiat Alfalfa ni. Tapi tapi dekat Malaysia tiada Alfalfa ni! Nak dapatkan daripada mana ya?
Ha! Sekarang dah ada banyak produk yang keluarkan Alfalfa ni. Tapi hari ini, saya nak share Alfalfa daripada Shaklee. Kenapa? Jeng Jeng Jeng!

Apa kelebihan Alfalfa Shaklee?

Alfalfa Complex daripada Shaklee ni bagi saya yang sangat asli, selamat dan organik.

Kenapa saya cakap macam tu?

Kerana, Shaklee ambil alfalfa daripada ladang Shaklee sendiri!


Dr. Shaklee telah menghasilkan Alfalfa Complex ni pada tahun 1950an. 

Jaminan daripada Shaklee sendiri iaitu Alfalfa di ladang mereka adalah selamat daripada racun serangga. Selepas mereka tuai Alfalfa ni, mereka akan cek dahulu kualiti daun-daun alfalfa. Even ada sikit kesan racun serangga, terus dia reject!

Alfalfa Shaklee ni akan dituai pada usia 2 tahun. Kenapa? Sebab waktu ini, dipercayai bahawa tumbuhan Alfalfa dah dapat nutrisi yang cukup dan dah matang. Sangat wow kan!

Siapakah yang boleh ambil Alfalfa?
Wanita & Isteri
Merawat masalah keputihan pada wanita. 


Ibu-ibu yang menyusukan
Kerana ia dapat merangsang dan menambahkan pengeluaran hasil susu dan menjadi susu lebih bernutrisi.
Lelaki dan para suami
Membantu dari segi menghilangkan bau badan, merawat gangguan pencernaan, meningkatkan kesihatan prostat, menyahkan toksin dalam badan.


Orang yang nak kuruskan badan
Membantu sistem pencernaan dan bertindak sebagai ejen detoks.

Orang yang nak kulit sihat dan cantik
Membantu membuang toksin di dalam badan.

Orang yang mempunyai masalah resdung dan elergik.
Kandungan alfalfa memang banyak membantu masalah-masalah elergik dan resdung.



Berminat?
Hubungi saya.
Mawaddah Mohammad
Shaklee Independent Distributor
0105751869

No comments