Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Mata Bulat Itu
Pada suatu
petang yang hening, ditemani angin laut cina selatan, aku dan rombongan
ejensolehah pergi menziarahi ustazah Rima dan puterinya, Rawiyah. For the first
time, kami ramai-ramai menjejakkan kaki di teratak ustaz Anas. Sebenarnya, rumah
ustaz Anas dan ustazah Rima nie bersambung dengan asrama lelaki yang dikenali
sebagai Dar Bukhari. Asrama kami dulu rumah-rumah kayu, jadi apabia ramai-ramai
naik rumah ustazah maka “berkeriak-keriuk” lahh bunyi lantai kayu rumah
ustazah. Aku bimbang jugak kalau tetibe roboh dek muatan yang tetiba melebihi
had. Nama Rawiyah juga diambil sempena nama dar Bukhari iaitu seorang periwayat
hadis. Kali pertama aku menatap wajah Rawiyah, aku terus jatuh cinta,*ececeh
ayat* hehe. Yang pasti, pertama kali kami jumpa dia, dia menangis dan meraung
kerana terkejut dengan kehadiran begitu ramai makhluk yang wajahnya masih belum
pernah ditatap oleh kornea matanya hehe *ayat hiperbola*.
Kenangan Debat Bahasa Syurga
Memori
ketika latihan debat Bahasa Arab antara yang aku tak dapat lupakan. Rawiyah
dapat 6 orang babysiters iaitu, aku, Saadah, Thahirah dan Nuha dan 2 orang lagi
junior aku iaitu Munirah dan Asma’. Setiap kali latihan debat, Rawiyah akan
bersama kami sebab ustaz Anas dan ustazah Rima bertungkus-lumus menyiapkan dan
memperbaiki teks-teks debat kami. Setiap kali latihan malam, kami akan
bergilir-gilir tidurkan Rawiyah sambil berselawat dan qasidah hehehe *sore
Teroh sedap sekali* hehe. Kalau aku dengan Saadah dodoikan dia, mengambil masa
berjam-jam hehe, kalu Teroh dodoikan kejap jee dia lena. Bila pergi debat
Bahasa Arab, Rawiyah jaaaadi femes. Semua orang nak tangkap gambar dengan dia,
heheee, dengan kami takde pulak. Haiiish. Satu kenangan yang selama-lamanya
team debat aku tak dapat lupakan ialah ketika mana peristiwaaa di mana ustazah
Rima keluar dengan ustaz Anas dan Rawiyah sedang tidur di atas katil. Kami
berenam sedang bertungkus-lumus menyiapkan teks-teks debat dan tiba-tiba
terdengar bunyi dentuman yang kuat. Rawiyah tergolek jatuh dari katil dan dia
meraung sekuat hati. Ya Allah, waktu tu aku memang terkejut dan nak luruh
jantung. Muka Rawiyah merah padam kerana menangis. Waktu aku dukung dia, ketar
tangan aku sebab taktahu nak pujuk macam mana. Aku lap kepala dia dengan air
then bacakan al-Fatihah. Dia tetap menangis dan meraung sampailah ustazah Rima
balik. Alhamdulillah, takde ape-ape berlaku lepas kejadian tu, Rawiyah membesar
dengan sihat. (:
Bermula Episod Baru
Pada suatu
pagi yang hening di Imtiaz Dungun, ketika kelas tasmi’, aku mendapat berita
sedih. Ustaz Anas ditamatkan kontrak dengan Yayasan Terengganu disebabkan oleh
beberapa masalah. Passport ustaz Anas sudah hampir tamat dan kedutaan Syria tak
boleh dan tak nak menyambung tempoh passport ustaz Anas dek keadaan yang
bergolak di Syria. Kerajaan Syria nak ustaz Anas balik jadi tentera untuk
kerajaan Syria. Mana mungkin ustaz Anas akan bantu tentera Bashar Assad
laknatullah sedangkan beliau adalah Muslim Sunni. Maka, di situ bermulalah
episod baru bagi keluarga Syriaku. Episod duka dan air mata yang sekaligus
mengubah hidup aku. Aku ingat lagi apa cikgu Sejarah aku bagitahu dalam kelas,
“Kalau ustaz Anas balik Syria, ada dua perkara je yang akan berlaku, samaada
kena bunuh atau hidup sebagai pelarian”. Allahu Akbar, waktu tu aku tak mampu
bayangkan macam mana keadaan Rawiyah. Aku tak boleh bayangkan hidup dia sepertimana
aku tengok keadaan di Syria seperti yang ditayangkan oleh media massa dan media
sosial. Aku cuba minta tolong dengan ayah aku untuk minta status pelarian
daripada kerajaan Malaysia untuk ustaz Anas, tapi perancangan Allah adalah
lebih baik.
Tabahnya Hati Wanita Syria
Aku selalu
tanya ustazah Rima, “ya Ustazah, kaifa bisurya?”, “wahai ustazah, bagaimana
dengan Syria?” , ustazah akan jawab dengan tenang, “Hasbunallahu wa nikmal wakeel,
nikmal maula wa nikman nasir” , “Cukuplah Allah untuk menolong kami,dan Dia sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”. Wajah ustazah ketika melafazkan kalimah tu cukup tenang. Tidak
tergambar sedikitpun kerisauan dan ketakutan. Ya Allah, sehingga aku selalu
tertanya, dari mana datangnya kekuatan? Ustazah Rima berasal daripada bandar
Halab, antara bandar yang paling teruk terjejas. Ahli keluarga ustazah di sana,
tak risau ke ustazah, persoalan yang sering bermain di fikiran aku. Kalau
ustazah balik Syria, tak takut ke ustazah? Kat sana mereka menzalimi Muslim
Sunni, mereka bunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan,
mereka merogol wanita di hadapan ahli kelurga, mereka sembelih dan bunuh dengan
kejam. Ya Allah, aku tak mampu bayang keadaan di Syria namun ustazah tetap
tenang. Akhirnya, segala persoalanku terjawab. Mereka, orang Syria dan Palestin
meletakkan setinggi-tinggi pengharapan hanya kepada Allah. Apapun yang berlaku,
baik atau buruk, mereka yakin bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik.
Mereka telah redha dengan apa yang berlaku dan bersangka baik dengan Allah. Ya
Allah, refleks balik kepada diri kita, adakah setinggi itu pengharapan kita
kepada Allah? Adakah kita bersangka baik dengan Allah? Adakah kita bersyukur
dengan segala nikmat yang Allah bagi kepada kita? Tepuk dada tanya iman.
Hadiah Buat Adik
Tersayang
Ketika aku menyertai outreach program Guru Muda Bahasa Arab di Kedah,
kami, ejensolehah telah membelikan sepasang kasut merah buat adik kesayangan
kami, Rawiyah yang sudah mula bertatih. Kasut merah kanak-kanak, yang apabila
tapaknya menyentuh lantai akan mengeluarkan bunyi. Pada suatu malam, seusai
kami menunaikan solat Fardhu Maghrib di Musolla ar-Rayyan, ada di antara kami
telah memakaikan kasut di kaki Rawiyah. Selepas sahaja imam mengaminkan doa,
kedengaranlah bunyi “quack,quack,quack” bunyi tapak kasut yang sangat nyaring
daripada Rawiyah yang sedang bertatih. Rawiyah sangat gembira, dia sengih lebar
sangat, tak mungkin aku akan lupa, dan ketika itu aku lihat Thahirah sedang
berpeluk dengan ustazah Rima, dan itulah kali pertama dan kali terakhir aku
melihat air mata ustazah Rima. Allahu Akbar, waktu dia peluk aku, aku pun
menangis. Kali pertama, aku rasa sakit sangat dalam dada aku, aku rasa takut
sangat akan perpisahan. Ustazah bagitahu kami, dia berterima kasih
sangat-sangat untuk segala-galanya. Dia bagitahu kami, dia sayang kami kerana
Allah. “Andai ukhuwwah kita terputus di dunia, berusahalah untuk berjumpa di
syurga”. Aku ingat lagi, aku tanya ustazah.. “Ustazah, bagaimana jika kamu perlu
pulang ke Syria? ”, ustazah jawab.. “Kullu khair, liannahu minallah”,
“segala-galanya baik, kerana segalanya datang daripada Allah, jika aku perlu
pulang ke Syria, itu adalah baik untuk aku, jka aku menetap di Malaysia, itu
juga baik untuk aku kerana apa yang Allah taqdirkan adalah yang terbaik”.
Kata-kata ustazah waktu tu betul-betul menikam hati aku hingga ke dalam. Waktu
tu aku tengah frust dengan result trial SPM aku. Aku rasa Allah tak adil dengan
aku, aku dah usaha sehabis daya tapi result aku masih teruk, Lepas aku cakap
dengan ustazah, aku rasa malu dengan Allah, Allah baru uji aku dengan satu
pekara yang kecil, Dia tangguhkan kejayaan aku, aku dah putus asa dengan Dia,
aku dah marahkan Dia, aku dah bersangka buruk dengan Dia. Sedangkan ustazah Rima
dan ustaz Anas, Allah uji kampung halaman mereka dengan peperangan, ahli
keluarga mereka terkorban dan mereka dipanggil untuk pulang ke sana, namun,
mereka masih bersangka baik dengan Allah.
Pinjam gambar Encik Google |
Beza antara kita dan orang-orang Syria dan Palestin, hati kita masih terpaut kepada dunia. Mereka diuji dengan peperangan, kezaliman dan pembunuhan. Kita diuji dengan kenikmatan. Nikmat yang menyebabkan kita alpa, lupa dan leka. Allahu, muhasabah diri semula, "cukupkah pergantungan kita kepada Allah, atau kita hanya perlukan Allah ketika kita susah sahaja?". Moga kita menjadi hamba Allah yang taat kepada perintahNya, tidak kira ketika diuji ataupun ketika gembira.
**bersambung Keluarga Syam ( Bahagian 3 )
touched dear. Keep the sado mawaddah!
ReplyDelete