Resepi Triffle Food Lab

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum (:


Okey, insyaAllah hari ini saya akan share resipi triffle. Ntahlaa triffle ke truffle. Tapi yang penting ini resepinya haha. Okey, resipi nie saya ambil daripada sahabat sekolah menengah saya, Hidayah. 
First time makan waktu F3, memang jatuh cinta dengan triffle niee *cehh* tapi saya sebenarnya tak makan kastard dia sebab ade susu. 



So, gambar di atas saya pinjam *copy daripada inche Google. Itu gambar triffle from Eropah. Dia punya layer guna cream cheese/whipping cream. Triffle yang saya buat simple jaa. Versi Melayu punya, murah dan jimat, hahah.



Even, triffle versi Melayu ini taklah nampak menyelerakan macam gambar di atas atas. Tapi sekali makan, takleh berkelip mata sebab terlampau sedap haha *hiperbola* okey so, aku jual triffle nie sebekas RM 2, harga kekawan. Sori dah banyak bebel, we move on to our topic, triffle recipe *speaking konon*

Bahan-bahan yang diperlukan
  1. Kek swiss roll gebu dan halal
  2. Tepung kastard
  3. Gula
  4. Esen vanilla *optional
  5. Susu cair
  6. Buah-buahan
  7. Jeli agar-agar NONA


Cara-cara

Layer Pertama *paling bawah*

Kek swiss roll dipotong-potong

Letak dalam bekas (mampatkan sampai takde ruang)
-supaya layer kastard tak jatuh ke bawah

Renjis air cocktail/nata de coco
- supaya kek jadi lembut

Layer Kedua *kastard*

Satu tin susu cair
Satu tin air
6 sudu besar gula (boleh lebih kalau suka manis) 
4 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Campur dalam periuk sampai sebati
Lepastu baru masak atas api sederhana/kecil
Kacau non stop sehingga larutan kastard berkilat
Letak atas layer pertama

Lapisan Ketiga *buah*

Letak buah-buahan
-kalau banyak pitis/duit guna laa buah-buah masam (strawberry/kiwi/peach/berries)

Kalau saya, saya guna buah dalam tin cocktail dan nata de coco je.
Sedap pun sedap!

Letak buah tu, make sure jangan letak sekali dengan air.
Buah sahaja!

Lapisan Keempat *jeli*

Beli jeli nona.
Baca instruction.
Masak ikut instruction.
Letak atas lapisan buah.
Letak slow-slow takut lapisan kastard pecah.

THE END.

Letak dalam peti dan enjoy!


Sekian. Kalau ade yang tak faham or soalan, boleh tanya dalam ruang komen. 

Tq (:


nota kaki:
InsyaAllah resipi ini akan diupdate sekali dengan gambar.
Maaf, sekarang takde gambar ade masalah nak upload ):

No comments