Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Hari nie tetiba teringat kisah lima tahun lepas. Ketika aku di tingkatan 2. Tahun 2010. Di bilik IT, PSP Imtiaz B. Terngiang-ngiang lagi suara ustazah-ustazah tasmi' ingatkan kami tentang cinta.
"Cinta itu fitrah, jangan jadikan cinta itu fitnah".
Ingat lagi, ustazah minta kami tutup mata.
Ustazah tanya, siapa kat sini takde perasaan cinta, angkat tangan.
Aku, adalah salah seorang yang angkat tangan.
Aku sendiri tak pasti ada tak lagi orang yang angkat tangan selain aku.
Ustazah cakap.. Siapa yang takde perasaan cinta, dia gila.
Sebab, cinta itu fitrah. Semulajadi.
Aku tergelak sorang-sorang.
Nasib semua tutup mata.
Ustazah je yang nampak.
Jadi, harituu aku kena baca doa kat depan.
Maybe, sebab aku sorang je kot yang takde perasaan cinta? Eh?
Waktu tu, aku terlalu muda. Memang tak faham apa-apa tentang cinta.
Yang aku tahu, cinta tu antara lelaki dan wanita.
Sekarang, baru aku tahu. Skop cinta itu luas.
Cinta antara hamba dan Pencipta.
Cinta antara seorang ibu untuk anaknya.
Cinta antara dua sahabat, hanya untuk Dia.
Dulu, aku tak faham.
Kenape orang yang jatuh cinta tu sanggup buat apa sahaja untuk orang yang dia cinta.
Sanggup mesej sampai pepagi buta.
Sanggup berhabis duit untuk beli kredit.
Sanggup belakangkan keluarga untuk utamakan orang yang dia cinta.
Sungguh, cinta itu buta.
Buta jika tanpa iman jadi penunjuk jalan.
19 tahun aku hidup.
Ini kali pertama,
aku faham,
aku rasa,
aku mengerti,
sakitnya cinta,
peritnya rindu.
Eh, aku jatuh cinta?
Aku tahu,
aku salah,
kerana terleka dengan cinta,
biarkan diri aku hanyut dibuai rasa.
Tapi, belum terlambat lagi kan,
untuk kau dan aku berubah?
Biar cinta ini didefinisikan hanya untuk Dia.
Untuk awak yang sedang jatuh cinta,
cinta itu sakit,
jika tanpa Dia.
Cari Dia.
Moga Dia temukan awak dengan orang yang mencintai Dia.
Untuk awak,
doa doa dan doa.
Moga bertemu dalam redhaNya.
Saya faham status facebook tu.
Kalau kita tak jaga ikhtilat, kita akan mudah jatuh cinta kepada orang yang berbeza.
Kena jaga hati mula dari sekarang.
Untuk masa depan.
Bila terlalu banyak benda untuk ditaip.
Terase speechless. Hehe.
ps/ sekarang baru ada mood nak tulis essay dear my future husband hahah. dulu tulis essay copypaste je. takleh tulis dari hati hahah.
rasa pelik je tulis soal hati nihh. rasa macam pfft. macam minah bunga. i like roses. hahah. sori. termengarut. sebab rasa pipi memerah.
No comments