Bismillah.
Assalamualaikum (:
Random quotes daripada telegram. 🌸
🌻 Perkara yang paling penting bagi yang nak berubah bukanlah memakai jubah atau purdah, bukan berwatak ustaz atau ustazah. Tapi dengan menuntut ilmu 🌻
Pakaian tidak melambangkan keimanan dan ketaqwaan seseorang. Tak semestinya dia bertudung labuh, berkopiah dan berserban. Dia dijamin syurga. Tidak. Sekurang-kurangnya, dengan berpakaian yang mengikut syariat agama, si dia mencuba untuk menggembirakan pencipta-Nya.
Nak berubah, tuntut ilmu.
Belajar al-Quran.
Belajar agama.
Kerana, dengan ilmu,
Kita dapat beza yang hak dan batil.
🍁"Tanda cinta dan kasih sayang Allah,
apabila kita diletakkan dalam majlis ilmu,
majlis mengingati Allah dan didampingkan
bersama orang-orang yang soleh.
Tanda cinta dan kasih sayang,
Allah sentiasa meletakkan kita di dalam agamaNya,
ianya merupakan sebuah hadiah yang besar
maka hendaklah kita bersyukur.
Aku berpesan hendaknya kamu tidak berasa dirimu lebih baik dari orang lain, walau siapapun itu sebab kamu tidak tahu akhirnya dia dan kamu..🍁
-Al Imam Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad al-Haddad-
No comments