End of my 1st year!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum!

Alhamdulillah! Hari nie terasa rajin dan gatal jari nak update blog (:

So, hari ini aku nak share tentang kos aku, Zoology atau Ijazah Pengurusan Sumber Haiwan (WS51), Universiti Malaysia Sarawak. Mana tahu ada adik-adik pra-universiti or matrik or STPM or diploma yang masih bingung nak sambung kos ape untuk degree :)



Actually, aku pon tak berapa nak faham tentang kos zoology nie sebab yelah baru 2 semester.  Ada lagi 4 semester sebelum grad, heheh kalau tak extend!
Kos zoology nie hanya 3 tahun sahaja, sekejap je kannnn kann dekat UNIMAS la tapi. Kalau universiti lain aku tak pasti.

Skop bidang zoology nie, menurut pembacaan dan pengetahuan aku, adalah tentang haiwan, hahaha namapon ZOOlogy. Kerja apa kak bidang zoology nie, jaga zoo ke? Haha (: 
Zoology nie bukan jaga zoo adik-adik. Bidang nie luas, merangkumi tentang haiwan dan kepentingan-kepentingan haiwan terhadap ekosistem kitaaa *cehhh* 

Banyak kerja dalam bidang niee, contohnyaaa saintis, researcher, educator, environmentalist, zookeeper dan lain lain. Daaaaan, kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak tahu tentang bidang ini. So, peluang pekerjaan erm erm aku pon tak pasti. Tapi, jangan risau, rezeki ada di mana-mana. Allah dah tetapkan semuanya. Belajar tentang haiwan pun adalah ilmu.

So, jangan perkecilkan kos nie yaa! Dan, aku tak pernah menyesal join kos nie sebab kos ni tersangatlaa adventure dan penuh dengan trip dan tidak membosankan. Aku bukan sekadar pergi lecture je bahkan penuh dengan field trip sekaligus dapat tawan taman-taman negara dekat Borneo nie.

So, adik-adik yang suka adventure mehlaa join kos nie. Memang osem! *eh, terpromote pulak*
Lecturer-lecturer untuk kos nie semuanyaa, alhamdulillah, tersaaaaaangatlah baik dan osem! 


Tu je kot coretan saya, if ada soalan berkenaan kos nie, boleh drop comment. Kalau rajin dan free, saya akan balas (:


Kenangan - kenangan melawat national parks dan hutan-hutan di Sarawak (:

Semenggoh Wildlife Centre / Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Dekat Semenggoh nie adalah pusat rehabilitasi orang utan. Boleh tengok orang utan secara dekat di sini. Orang utan tu dilepaskan dan bergerak bebas dalam kawasan nie bukan dalam sangkar! So, bila datang sini, maknanya based on luck lahh nak jumpa orang utan tu! Make sure datang waktu feeding time sebab waktu tu, pekerja yang bertugas akan cuba sedaya upaya tarik perhatian orang utan untuk datang makan. So, waktu tu kita boleh tengok orang utan secara live. Besar woo!




Gambar orang utan nie diambil waktu kami buat kerja kursus untuk subjek Ecotourism (:

Pemandangan daripada puncak Fairy Cave/Gua Pari-Pari

Dan dalam gua ni ada banyak kelawar. Waktu kami mendaki gua niee, terjumpa dengan ramai foreigner yang tengah buat research tentang kelawar. Tak pasti research or ambil angin. Tapi muka diorang serius je amik gambar kelawar tu *heheh*


Tasik Biru
Tasik biru nie air dia betul betul biru. Serius, tak tipu! Sebab kandungan arsenik yang tinggi. Cantik sangat pemandangan dekat sini. Dekat je dengan Gua Angin dan Gua Pari-Pari.

Santubong National Park.


Taman Negara Santubong. Pernah dengar tak hikayat Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang? Nama gunung Santubong diambil daripada lagenda Puteri Santubong manakala Puteri Senjinjang bertaburang menjadi pulau-pulau kecil di hadapan kawasan pantai berdekatan Gunung Santubong. Aku belum dapat tawan lagi puncak Santubong, baru dapat hiking sampai air tejun je. 

Hi Lemur! I'm your future zoologist. Wanna be my friend?

National Park dan hutan dan tempat-tempat menarik yang telah berjaya dilawat (:
  • Kubah National Park (Air terjun dia tersangatlah cantik)
  • Matang Wildlife Centre (Pusat rehabilitasi orang utan dan beberapa binatang lain)
  • Wind Cave / Gua Angin (Habitat kelawar)
  • Jong Crocodile Farm (Ladang buaya)
  • Bako National Park (The best NP setakat nie!)


That's all from me (:
Thank you hahah!

Jom jadi zoologist!

No comments