Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum
So, topik aku harinie adalah untuk jadi happy, gembira dan bahagia. Dan kunci untuk kebahagiaan adalah syukur. Syukur dengan sekecil-kecil pemberian. Syukur sebab ada mak dan ayah walaupun kau jarang dapat jumpa dengan mereka sebab belajar jauh. Sebab ada antara sahabat-sahabat kau yang saban hari menanggung rindu untuk memanggil ibu dan ayah. Syukur walau setitik nikmat yang kau ada. Syukur sebab masih diberi peluang untuk hidup. Kerana mungkin, ada yang sedang berjuang di hujung nafas. Syukur kerana diberi peluang sihat. Kerana kau masih boleh berkhidmat kepada keluarga dan masyarakat. Kunci bahagia adalah syukur dengan apa yang ada. Moga Allah gandakan nikmat dengan asbab kau bahagia dan kuat mengharungi ujian yang Allah bagi. Alhamdulillah. Ya Allah, jadikan kami hambuMu yang sentiasa bersyukur
No comments