Kenangan (':

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

"Ramadhan datang mengetuk pintu"
Dengan suara yang pilu Ramadhan berkata
"Dalam beberapa hari lagi aku akan berangkat pergi"



Alhamdulillah, diberi peluang untuk bersama Ramadhan lagi pada tahun ini. Tahun kedua Ramadhan bukan di bumi tarbiyah. Tahun lepas, kali pertama Ramadhan di perantauan, sebuah negeri yang minoritinya Islam. Terasa asing sekali berpuasa di bumi kenyalang. Namun, alhamdulillah ada hikmah di sebalik setiap taqdir. Sungguh, Ramadhan tahun ini adalah yang paling mencabar. Bila duduk rumah, terlalu banyak masa lapang. Hati rasa seakan kosong pada Ramadhan kali ini. Terasa diri ini sedang mencari. Terasa seperti tergapai-gapai, mencari jalan. Kadang-kadang terasa diri nie dah jadi watak Fend dan Chad dalam Contengan Jalanan.

 " The hardest battle is when
 you're against yourself ". 

" The man that decided to change 
on the 12th hour dies on the 11th hour ".

Mampu tak aku jadi Chad yang sempat berubah sebelum jam yang ke sebelas? Mati itu pasti. Allah dah tetapkan, takkan cepat walau seminit, takkan terlambat walau sedetik. 


Ya Allah, aku mohon tunjukkan kami jalan, kuatkan langkah yang kian longlai..Beri peluang kepada kami, jadikan Ramadhan ini bererti buat kami..Jangan jadikan kami orang yang rugi..


Buat ejensolehah yang jauh daripada mata, tapi dekat di hati. Ya, saya rasa apa yang awak semua rasa. Saya rindu apa yang awak semua rindu. Rindu persiapan menyambut Ramadhan di imtiaz. Rindu nak berus karpet musolla samesame. Rindu nak berbuka dekat dataran. Rindu nak sahur. Rindu nak sengguk dalam musolla. Rindu nak tadarus dalam usrah. Rindu rindu rindu dan rindu. Andai sakitnya rindu tu boleh diubati dengan air mata, mesti legakan hati nie? Tapi, hari nie, saya rasa bersyuuuuukur sangat, bersyukur sangat kepada Allah sebab diberi peluang mengenali awak semua. Kenangan tuuuu, walaupun kadang-kadang rasa menyakitkan *yelahh, sebab asyik throwback, menanti nak ifthar sesame lagi sedangkan kita tahu semua tuu almost impossible*, tapi kenangan tu sebenarnya yang membangkitkan. Beruntungnya kita, sebab pernah diberi peluang disapa tarbiah. Terima kasih awak semuaa, utuk kenangan tuu. Terima kasih ya Allah beri peluang untuk aku mengenali mereka, walau seketika cuma. Moga Allah jaga kalian.

Puisi copypaste blog Saadah, pinjam ye Adah. Renungan bersama. (':

Ingat tak kenangan Ramadhan terakhir kita bersama? 


Hari-hari kau di selangi dengan nama tuhan.
Jalanmu dipenuhi orang yang ingatkan kamu tentang tuhan.
Perbualan yang ringan, santai tapi ada tuhan ditiap hujungnya.
Agar kau faham hidup ni tak lari dari bertuhan.
Bersyukur atas segalanya pada Tuhan.
Bukan kah indah hari-hari mu yang diselit dosa andai ada yang menegur mu dijalanan mengingatkan kamu bahawa kamu punya tuhan?

Tapi andai kau terlalu sibuk dengan jalan ini, 
jalan yang kau bilang punya rasa bertuhan tiap kali bersama mereka,disapa mereka. 
Lalu bagaimana dengan jalan mereka yang tiada tuhan dalam hari-hari mereka?
Bagaimana pula dengan jalan mereka yang nama tuhan saja sudah aneh di cuping telinga mereka?

Andai kita terlalu obses merasa baik berada di atas jalan-jalan mereka yang bertuhan.
Siapa pula yang akan masuk di jalan mereka ini?
Terkadang kau terasa indah di jalan mereka yang bertuhan ini.
Cuba.
Cuba kamu melangkah masuk ke jalan mereka yang tidak bertuhan ini.
Bertuhan jua tapi membuta tuli tentang tuhannya, 
Sedarkan mereka!
Dalam masa kau cuba menyedarkan mereka tentang jalan bertuhan,
Aku pasti kau akan belajar banyak dari mereka.
Kadang kita yang berlagak indah di jalan bertuhan ini lah yang buat mereka jelek dengan perkataan tuhan, ALLAH.
Kerna hakikat nya kita ini yang menconteng arang pada Islam .
Hakikat realiti .

Lihat saja hari ini, jalan orang yang bertuhan ini lah yang mula berpecah .
kau kafirkan aku.
Aku munafiqkan kamu.
Andai idea mu lain dari aku.
Jauh lah kamu dari aku.

Sedarkan diri mu , sedarkan diri ku.
Jalan mu jalan ku moga seiring .
Jangan kerna kita, jalan cahaya Islam itu kian kelam.


Ps/ Untungkan kita, pernah tergolong dalam golongan yang diingatkan tentang Tuhan? (':

2 comments

  1. 😔😔 sy harap sangat nanti kiter jumpa dalam keadaan masing2 lebih baik dari yang dulu .


    Ingatkan aku tentang tuhan 😢

    ReplyDelete