Penghujung Julai? )':

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum (:


Alhamdulillah dah nak masuk bulan Ogos (: dah boleh mula menghitung hari nak balik UNIMAS insyaAllah. Moga Allah taqdirkan dapat kos yang terbaik untuk degree nanti. Eksaited jugak rase nak jadi budak degree, biarpun separuh nyawa rindu sekolah menengah (': tak sangka pantasnya masa berlalu. Sekarang, dah official 19 tahun, hehe (':

Setiap kali datang bulan Julai, aku mesti rasa happy haha, yelah tak sabar nak tunggu 23 Julai, tunggu doa dan ucapan daripada kawan-kawan, keluarga, orang yang kite anggap special hehe (': Tahun nie, aku rasa one of the best birthday yang pernah aku sambut, sebab lepas raya, sambut sekali dengan mama, mama aku lahir 17 Julai 1966, beza lima hari. Dapatlah makan kek Secret Recipe (: selama nie birthday di perantauan sokmo, wat drama air mata je bile sampai hari lahir, konon susah sangat nak dengar parent ucap selamat hari lahir hehe. 

Tetiba aku rasa nak throwback kenangan sambut hari lahir dua tahun yang lepas, 2013. Sambut dalam bulan Ramadhan, ustazah Rima yang buat kan kek. hehe. Rindu  )': baru sedar cepatnyaa masa berlalu. Sekarang dah 19 tahun, ntah berape lama lagi Allah nak bagi peluang, pinjamkan kita dekat dunia nie. Cukup tak amal nak balik ke sana nanti?  

Btw, thanks untuk semua yang buat birthday tahun nie best. (:


Kek keluarga Syam (:

Sekarang, baru aku sedar, aku makin cekeding )';


Ade banyak benda nak cerita, tapi aku malas nak taip ): btw, esok Abg Izi aku nak bertunang, rasa eksaited plak hahaa, hantaran tak siap lagi, aku dengan kak Wani yang buat, rasa bangga pulak dapat buat diy hantaran, tapi kak Long tolong touch up kan. 



ps/ rasa pelik bile taip guna perkataan "aku" sebab rasa macam tulis diari hehe (: selama nie kalau cakap, mesti "saya" "awak" ^^ sori kalau rasa kasar. 

No comments