KISAH INSPIRASI TWB : 5 WANITA JANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA DENGAN TWB

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum

InsyaAllah hari ini post agak panjang kerana saya akan share tentang kisah 5 wanita yang berjaya jana income 4-5 angka dengan bisnes Mobile Spa.


KISAH INSPIRASI 1 : BUAT TWB SECARA PART TIME TETAPI BERJAYA PULANG MODAL DALAM MASA SEBULAN

Oleh : Puan Suriyati Paijo




Saya, Puan Suryati Paijo berusia 43 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Masih bekerja dan sangat suka pekerjaan saya yang sekarang.

Saya telah menyertai banyak bisnes part time, antaranya Zhulian, Luxor dan bisnes katering secara kecil-kecilan.

Namun semua bisnes tersebut hanya bertahan untuk seketika.

Bisnes katering saya sangat menguntungkan namun memerlukan tenaga yang banyak.
Bisnes katering sangat memenatkan sehingga tiada masa untuk berehat.

Sebelum saya menyertai Kursus Spa The Walking Beauty, saya memang sedang survey bisnes-bisnes yang kerja tidaklah memenatkan tetapi menguntungkan.

Survey-survey di Facebook, selalu terjumpa iklan Kursus Spa The Walking Beauty daripada harga RM 899, harga naik berkali-kali sehingga RM 1999. Masih berfikir sama ada nak join atau tidak bisnes Mobile Spa TWB.

Bila harga dah naik, waktu tu memang tak senang duduk. Modal tidak mencukupi lagi.
Jadi, saya locked dulu dengan bayaran RM 900. Dapat gaji, bayar lagi RM 1000.

Waktu tu, saya dah nekad, memang nak sangat join Mobile Spa TWB. Sehinggakan saya sanggup ambil cuti sehri untuk training Mobile Spa, sangat eksaited dan tak sabar nak mulakan bisnes Mobile Spa.

Dah bayar tu, still ada fikiran negatif, rasa was-was bila dah join, "ada ke orang nak bermobile spa dengan aku?"

Tapi bila dah selesai training, rasa semangat sebab TWB bukan sahaja ajar skill spa, TWB ajar juga cara marketing dan nak tarik customer.

Balik training, dengan semangat berkobar-kobar, hilang segala rasa malu, terus iklankan bisnes Mobile Spa ke semua group whatsapp yang ada, sampai tengah malam buat promosi.

Waktu tu rasa malu semua dah takde, promosi tak kira dekat mana-mana, Facebook, offline, waktu jumpa kawan-kawan, meeting. Semua promosi! Hari-hari promosi tanpa ada rasa jemu.

First customer adalah adik ipar. Adik ipar memang selalu bagi sokongan!

Dekat office, memang promote habis-habisan. Waktu tumemang fikir, "lagi lambat aku promote, lagi lambataku dapat balik modal".

Sampai semua orang tahu yang Puan Suriyati buat bisnes Mobile Spa.

Bila dengar orang nak kahwin, terus promote pakej spa untuk pengantin. Buat spa untuk pengantin sangat menguntungkan. Ye lah kita buat untuk pengantin, habis semua ahli keluarga yang ada nak tadah muka sekali! Semua nak facial jugak, memang masyuk lah time tu. Separuh hari boleh dapat sehingga RM 400.

Sangat best dan tak stress! Sambil gosok-gosok muka orang, sambil borak-borak.

Dekat pejabat, setiap kali waktu lunch mesti ada slot spa, tak cukup waktu lunch, sambung lepas office hour. Memang seronok sangat rezeki mencurah-curah.

Hujung minggu, memang tak lekat dekat rumah. Hari-hari ada yang booked spa.

Dalam 3 minggu sahaja saya dah pulang modal.

Bisnes Mobile Spa ni takleh malu, kena buka mulut, kena promosi. Menderu orang nak, sampai tak cukup tangan. Support group TWB sangat kuat nak menambah semangat lagi.

Anak-anak saya semua support bisnes saya yang sekarang. Alhamdulillah. 
Memang tak rugi join TWB. Sangat seronok!




KISAH INSPIRASI 2 : SURIRUMAH HIGHCLASS INCOME HAMPIR RM 5000 SELEPAS 3 BULAN JOIN TWB

By : Puan Sharifah Nadiah





Nama saya Sharifah Nadiah binti Syed Abdullah, boleh panggil Nadiah.
Ibu kepada 2 orang cahaya mata, berumur 31 tahun dan sekarang menetap di Kuala Terengganu. 

Saya merupakan surirumah sepenuh masa. Hampir 4 tahun saya tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan sendiri langsung selain duit nafkah daripada suami.

Sebelum menyertai TWB, saya memang berada dalam zon selesa. Zon selesa yang dicipta oleh diri kita sendiri. Saya tiada hutang langsung, PTPTN dah langsai, kereta dah habis bayar, dah ada rumah sendiri. 

Jadi saya tiada keinginan untuk berbisnes kerana bagi saya tiada keperluan.

Sehinggalah, suatu kejadian yang merubah kehidupan saya, apabila seseorang yang dikira rapat dengan kita cakap kepada saya, "nak stress-stress buat apa, bukan ada buat kerja apapon dekat rumah". Ketika itu saya dalam keadaan berpantang.

Ayat itulah menjadi titik perubahan dalam hidup saya, sehingga saya bertekad untuk membuktikan yang surirumah ni bukan duduk goyang kaki je di rumah. Surirumah boleh jana pendapatan sendiri, boleh jadi kaya, berjaya - SURIRUMAH HIGH CLASS.

Saya mula sembang-sembang dengan suami, santai-santai bercerita tentang TWB dan cerita-cerita kejayaan Alumni TWB.

Suami tanya, "modal berapa?" 

Saya jawab, "RM 1999, pakej seret beg, all in one, lengkap!"

Suami tanya lagi, "agak-agaknya berapa bulan boleh pulang modal tu?"

Walaupun saya tak prepare apa-apa jawapan, tapi konfiden jawab "2 bulan".

Bagi saya, kerja surirumah, kerja yang tidak pernah habis. Kita rasa kita selesa, perasan selesa sebab kita tak nampak peluang yang lebih besar dekat luar.

Sedangkan surirumah pon boleh ada income sendiri!

Dipendekkan cerita, suami izinkan saya join TWB dan bagi pinjam modal, tapi dengan syarat!

Pertama - boleh buat spa pada hujung minggu sahaja
Kedua - pastikan BERJAYA.

Saya faham sangat dengan syarat suami. Maksudnya, suami nak dalam 2 bulan dah kena bagi balik RM 1999 yang dipinjam.

Secara tidak langsung, waktu tu memang dah target untuk dapatkan balik RM 1999 dalam masa dua bulan, by hook or by crook.

Bila ada target macamtu saya terus target dan plan siap-siap, macam mana dalam 8 minggu (16 hari sahaja Sabtu & Ahad) untuk saya dapatkan balik RM 1999.

Bila narrow down macamtu senang untuk saya buat kira-kira.
Kiranya sehari saya perlu dapatkan RM 125. 2-3 orang customer dah boleh dapat RM 125 sehari.

Saya training sehari sebelum raya. Orang tengah sibuk persiapan raya, saya sibuk training nak buka Mobile Spa.

Hasilnya - malam pertama raya saya dah dapat customer spa yang pertama! Siapa lagi kalau bukan suami. Saya sengaja facialkan suami dekat ruang tamu. Alhamdulillah mak mertua dan dua adik ipar pon nak facial sekali. Dapatlah dalam RM 100, yelah sebab kira harga pengenalan je dulu.

Musim raya, memang ramai saudara mara yang kita jumpa. Memang semua saya facialkan. Saya bukan buat facial je, saya go untuk full treatment.

Memang RM 1000 yang pertama, saya dapat daripada saudara-mara, ahli keluarga dan yang rapat. 

Lepas dapat RM 1000 yang pertama, saya stuck untuk seketika.

Bila tinggal empat hari je lagi nak kena langsaikan hutang dengan suami, saya terfikir yang kalau kita tak cari customer, macam mana customer nak kenal kita?

Saya tinggal dekat rumah flat, saya pergi dekat setiap rumah promosi spa saya. Alhamdulillah hasilnya sangat memberansangkan!

Ada customer yang booked untuk setahu terus, alhamdulillah.

Alhamdulillah dekat flat yang saya duduk, ramai customer yang repeat dan berpuas hati. 

Alhamdulillah.

Antara kejayaan saya :








Bagi mereka yang nak join TWB, kena bangkit, set goals. InsyaAllah, anda pon boleh berjaya!




KISAH INSPIRASI 3 : CIKGU BAYAR PTPTN DAN UMRAH IBU AYAH DENGAN HASIL TWB

By : Cikgu Azura Yusop






Nama saya Nurazura binti Mohamad Yusop. Ibu kepada dua orang anak, insyaAllah tak lama lagi bertiga.

Perjalanan Zura dengan TWB bermula pada November 2015. Masa tu bayaran hanyalah RM750 untuk course facial sahaja.

Walaupun dah bekerja sebagai guru dan income bolehla dikatakan stabil, kenapa Zura still buat Mobile Spa?

Cikgu bukan JUTAWAN tau! Dekat sekolah cikgulah yang paling ramai berniaga dekat sekolah. Siap ada telegram jualan lagi!

Sebelum join TWB, saya memang tak minat berniaga, 0 minat.
Bila iklan TWB muncul pada tahun 2015, saya tertarik sebab saya nampak DUIT.

Saya minat pergi spa, saya minat lulur. Spa adalah bisnes pertama saya dan ia MENJADI dan mendatangkan HASIL!

Sebelum decide untuk join, saya bincang dengan suami. Dia sangat praktikal. Bila bincang, suami suruh saya list kan kebaikan dan keburukan.

Alhamdulillah suami izinkan, tapi masalahnya sekarang adalah - MODAL.

Perbelanjaan kami sangat detail, gaji semua bertujuan. Cabang tak boleh usik, kalau usik sengsara hidup bulan tu.

Hasil pebincangan dan persetujuan, saya gadaikan gelang.
Memang dah nekad nak join TWB.

Dulu Zura duduk Johor, bandar. Lepastu suami ajak pindah di Pahang sebab kami ada beli rumah di Gambang. Tup tup dapat kawasan pendalaman, dan pada masa tu Zura je dapat bertukar. Suami tak dapat. Kiranya kena PJJ lah sementara waktu.

Tapi alhamdulillah, rezeki berhijrah. Rezeki masuk banyak sangat.

Walaupun pendalaman, tapi rezeki tetap ada! Customer sendiri terkejut. Customer bukan daripada kalangan cikgu sekolah ye,customer saya ramai orang luar.

Saya selalu sesat nak pergi rumah customer. Nak isi minyak pon taktahu nak buka belah mana.

Tapi alhamdulillah, pengalaman dengan TWB mematangkan saya.

Apa yang saya dah dpat dengan TWB? 
Kisah-kisah kejayaan saya dengan TWB.

Pertama - saya dapat bayar PTPTN cash berbaki RM 11
Kedua - saya dapat belanja mak ayah saya umrah bernilai RM 15k



Macam mana Zura boleh savings banyak-banyak dengan TWB?

Zura sentiasa upgrade skills, daripada belajar facial je, Zura update skills belajar bekam, akupunktur dan banyak lagi. Semua menggunakan modal daripada facial.

Zura buat pakej-pakej yang menarik.

Setiap kali spa, wajib simpan savings at least 20%.

Bisnes servis dan ada skills sangat lah menguntungkan.

Jom sertai kami di TWB. Terlalu banyak peluang untuk anda jana income tak kisah la nak full time ke part time ke. Once anda dah join dan faham lubuk2 duit yang ada, anda akan rasa untung sangat2 bila menjadi salah seorang ahli dan Alumni TWB.


KISAH INSPIRASI 4 - PENDAPATAN RM 2000+ SEJAK JOIN TWB
Oleh : Rosilah binti Duming




Nama saya Rosilah binti Duming, berusia 31 tahun dan mempunyai dua orang anak. Saya cover area spa di Kota Kinabalu dan Labuan

Saya join TWB sebab tertarik dengan post seorang sahabat yang dapat income ratusan ringgit dengan 1-2 kerja sahaja iaitu buat spa darpada rumah ke rumah.

Saya join TWB sebab saya memang dah lama tercari-cari bisnes yang boleh ubah nasib keluarga dan dapat bantu suami.

Sebelum join TWB, memang kehidupan agak susah sehinggakan kalau nak beli sesuatu barang kena tunggu suami hulu duit, Dah dapat duit pon, masih berfikir lagi nak beli ke tak, berbaloi ketak. Sebab esok-esok masih nak guna duit lagi.


Selepas join TWB, kehidupan saya semakin senang. Nak buat apa yang saya suka, semua boleh. Nak beli barang kesukaan anak pon boleh.

Pendapatan tertinggi yang saya pernah dapat dengan TWB adalah RM 2000 lebih sebulan.

Saya pon dapat hadiahkan suami smart phone baru yang bernilai RM 1299.

Nasihat saya kepada semua yang nak join TWB, join la sebab peluang memang sudah ada di depan mata. Modal jangan risau, sebab insyallah akan dapat semula dalam masa yang sangat cepat.




KISAH INSPIRASI 5 - DARIPADA TUKANG JAHIT KEPADA OWNER SPA

Oleh : Farah Mohd Zin


Saya Farah, nama glamour Chefa. Berumur 29 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun.

Farah merupakan graduan dalam jurusan Diploma Architecture tapi tidak pernah bekerja dalam bidang ini kerana bila minta kerja, semua syarikat memerlukan yang berpengalaman walaupun result saya setiap sem dekan. Tapi Allah telah aturkan perjalanan hidup saya dengan sangat baik.

Ayah saya adalah orang yang paling kecewa apabila saya tidak bekerja dalam bidang yang dipelajari. Saya pernah bekerja sebagai kerani government secara kontrak tapi terpaksa berjauhan dengan suami kerana saya bekerja di Terengganu dan suami di Putrajaya.

Lepas bersalin, suami ajak saya balik Putrajaya sebab nak tengok anak membesar bersama.

Masa ni saya selalu fikir, nak buat apa bila berhenti bekerja. Saya suka fesyen, jadi saya pon belajar menjahit. Saya masuk giatmara selama 6 bulan, pulun belajar menjahit.

2 tahun saya menjahit, saya menjadi sangat STRESS!
Tak boleh keluar.
Takde masa lebih. 
Bulan puasa, memang tak dapat tidur malam.
Rumah pon dah macam tongkang pecah, kain perca merata-rata.


Stress menjahit sampai takde masa urus diri sendiri.
Bila stress, muka saya breakout!

Bila join TWB, kehidupan saya berubah!


Kulit saya semakin sihat sejak join TWB, rahsia dia of course la Youth!

Saya rasa sangat bebas, dapat instant cash. Tak perlu tunggu orang lambat ambil kain.

Saya sangat enjoy dengan TWB.
Bayangkan hasil 1 jam FACIAL = 1 hari jahit baju.

Dulu saya ambil baju kurung moden, RM 70 sepasang.
Menjahit daripada pagi. Pola, gunting, kelim, jahit, jahit tangan.

Sehari, non stop! Kalau berhenti memasak, main dengan anak, jadi 2 hari!

Tapi sekarang, sejam saya facial, income dah masyuk sangat.



Saya tak perlu pening-pening fikir bayar pekerja dan lain-lain.

Untung spa boleh dibahagkan untuk savings.

Saya ada time freedom! Lepas facial, boleh jalan-jalan.

Ada customer saya berumur 11 tahun, mak dia yakin kerana produk kita sangat powerful dan terbukti selamat!




Akhir kata, kalau rasa RM 1999 tu besar, tapi waktu kita susah, pelaburan daripada bisnes ini la yang boleh bantu kita.

==============================================

Ini antara kisah wanita-wanita inspirasi alumni TWB.
Kalau mereka boleh buat, kenapa bukan kita?

Boleh klik #SucessStoryTWB untuk baca lebih banyak kisah kejayaan dan inspirasi.

Boleh contact saya juga untuk tahu lebih lanut lagi tentang kursus Mobile Spa yang ditawarkan oleh TWB.

Mawaddah
011-100 23796



No comments