Buat duit dengan mobile spa

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum


Fuh makin kerap update sekarang 😁 of courselah nak jadi jutawan dan usahawan berjaya kan 😘



Harinie nak story tentang BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA. Sis alhamdulillah baru berkecimpung dengan mobile spa ni tapi alhamdulillah memang permintaan Mobile Spa ni sangat tinggi. Kenapa? Semua orang sekarang sangat sibuk sehinggakan nak pergi spa pon takde masa! Yelah, shopping pon semua dah di hujung jari kan. Memang sangat tinggi permintaan untuk bisnes Mobile Spa ni. 

Sis join mobile spa ni waktu sis dalam tahun akhir universiti. Waktu tu sis rasa macam, kenapa lambat sangat sis terbuka hati nak join mobile spa ni. Kalau terjumpa lepas SPM kan best! Yelah, dah duduk universiti ni sangatlah memerlukan duit tapi tapi.. duitnya takde. 

Jadi memang sis sangat encourage student-student lepasan SPM yang duduk dekat rumah tu untuk join The Walking Beauty Project ni. Most student, lepas SPM berebut nak ambil lesen kereta. Sis pon! Hehe. Apa kata kita tambah skill lain juga iaitu belajar buat spa! Or belajarlah apa-apa skills lagi. Memasak, menjahit, apa-apa yang adik-adik suka! 

Sis lepas SPM memang ternak lemak dekat rumah sambil berdebar tunggu keputusan SPM. Lepas dapat keputusan SPM, sambung sesi menternak sehingga dapat UPU. Bila dah dapat keputusan UPU, mak aihh mana nak cekau duit nak masuk universiti? Bergantung pula pada PTPTN. 

Cerita pasal PTPTN, bukan mudah nak skor 4 flat di alam universiti untuk dapatkan pengecualian pembayaran hutang PTPTN, dengan event universiti lagi, kejar merit kolej. Kalau tak dapat kolej, nak fikir duit bayar rumah sewa lagi, bil elektrik, air, internet, belum lagi transport. Allah, banyaknya nak guna duit! Akhirnya, berjaya grad dengan hutang. Itulah realiti sekarang, semua benda perlukan DUIT, DUIT dan DUIT. Jadi, sis sangat encourage para ibu untuk latih anak-anak dengan pelbagai skills. Tak dapat guna skills dekat universiti sebab fokus study, still boleh guna skills tu 10 tahun akan datang! Takkan pernah membazir.

Biar masuk universiti boleh berdikari dan cari duit poket sikit-sikit. Terpanjang pula berleter tentang peluang kerja lepas SPM ni hehe.

Kembali kepada topik asal.

Sis, saya tak tahulah Mobile Spa ni apa. Tak clear lagi.

Okay mobile spa ni adalah spa bergerak. Kita bergerak kepada customer yang perlukan perkhidmatan kita.

Apa kelebihan Mobile Spa ni sis?


  • Waktu kerja adalah fleksibel! 

Sis pon merupakan seorang Pelajar Akhir Tahun. Bukan sahaja sibuk dengan Final Year Project, assignment dan lectures, tapi still masih dapat generate income di kolej kediaman. Student pon kadang-kadang nak juga merasa spa ye tak? Student sekarang nak jugak kulit cantik, sihat dan mulus. Alhamdulillah, memang permintaan spa sentiasa ada dan tidak mengganggu pelajaran sis.


  • Direct cash on hand!
Waktu kita perlukan duit sangat-sangat, contohnya, bulan ni kena pergi field trip. Kena bayar RM 150. Malam tu terus pulun buat spa untuk 3 orang. Ha! Dah dapat RM 150. Seronok kan? Tak perlu stress-stress masalah duit dah. Kena usaha je.

  • Income 5 penjuru
Seperti yang semua sedia maklum, The Walking Beauty Spa Project ni menggunakan barang Shaklee. Shaklee tu apa sis? Shaklee adalah syarikat yang mengamalkan Multi Level Marketing (MLM) TETAPI, MLM Shaklee ni tidak pernah menzalimi. Bagi yang berusaha, pasti dapat hasil, yang malas. Good bye bonus~ 

Sambil buat spa, boleh jual juga produk-produk kesihatan Shaklee. Ye Shakle ada banyak produk kesihatan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan kita ke arah lebih baik. Jual barang Shaklee dapat untung runcit. Belum lagi bonus. Hasil duit Spa. Mak aihh banyak masyuuk. Tapi tapi, kalau berminat untuk spa sahaja dan tak reti menjual pon, no worries. Fokus spa! Ramai dah ahli TWB yang dengan spa sahaja, dapat 1-2 angka sebulan! Siap ada yang berhenti kerja untuk fokus bisnes spa ni.


  • Tidak perlukan modal yang banyak
Yelah kalau nak buka spa perlukan modal yang sangat tinggi. Nak sewa kedai lagi, peralatan spa, katil, bil lagi, promotion! Banyak sangat. Mobile Spa ni senang je, bila ada customer whatsapp, jomlah kita bergrab pergi dekat customer hehe.

Jadi sis, macam mana ye saya nak join The Walking Beauty Project ni?

Sis boleh direct whatsapp saya, 010-5751869 untuk sebarang persoalan atau nak terus join TWB ni. 



 Berapa modal yang diperlukan?

Modal yang diperlukan adalah RM 1999 termasuk 5 pakej kursus, sijil, barang kecantikan dan peralatan spa. Lepas bayar je, training, boleh terus mulakan spa! Seronok tak?



Sis, saya berminat tapi TIADA MODAL.

Bagi yang tiada modal, sekarang kami ada Projek Buat Duit TWB. Boleh alert untuk next batch. Yuran serendah RM 99 untuk membership, komitmen dan facial. Seronokkan?

Sis, tempat training dekat mana?

Jangan risau! Beautician TWB dah ada di seluruh Malaysia. Whatsapp je sis, sis akan aturkan temujanji dengan beautician terdekat.

Sis, spa ni hanya student lepasan SPM je ke?

Spa ni terbuka kepada semua wanita tidak kira peringkat usia. Syaratnya hanya satu. Serius nak buat bisnes. Kalau tak serius, saja saja nak test pon boleh je hehe. Sis tak rugi apa-apa. Tapi sis sangat student untuk join Mobile Spa ni. Kenapa? Sebab sis pon student. Sis tahu strugglenya seorang student dengan masa depan kerjaya yang masih kabur. Perlukan backup plan. Marilah kita menjadi student yang bijak. Cukuplah dengan alasan. Marilah kita jadi student yang bijak. Beauty with brain. 

Akak-akak yang surirumah or yang bekerjaya tengah intai-intai kerja part time ni pon boleh join TWB ni tau. Marilah jadi surirumah first class.


Mawaddah binti Mohammad Abdul Qahar
Shaklee Independent Distributor
Beautician and Spa Trainer The Walking Beauty
FB : Mawaddah Mohammad
Instagram : twb_spatrainer / diaryouth.bymawaddah
Whatsapp : 0105751869



No comments