Kenapa perlu Vitamin E?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum




Apa itu Vitamin E?

Vitamin E ialah vitamin yang larut lemak. 
Vitamin E memainkan peranan penting sebagai antioksidan di dalam badan. 
Ia juga membantu mencegah radikal bebas kepada lemak di dalam badan yang diperlukan untuk kesihatan.
Vitamin E sangat penting yang diperlukan bagi fungsi organ yang baik dan sangat berguna untuk melambatkan tanda-tanda penuaan.

Sumber makanan yang mempunyai Vitamin C yang tinggi:

  1. Minyak Zaitun
  2. Kacang Almond dan hazel
  3. Mangga
  4. Avocado
  5. Telur
Kenapa Vitamin E penting kepada tubuh badan?

Menyeimbangkan Kolestrol


Kolestrol ialah bahan yang wujud secara semula jadi, dihasilkan oleh hati dan diperlukan untuk fungsi sel dalam badan yang sihat, saraf dan hormon. Apabila paras kolestrol berada dalam keadaan semula jadi, ia akan seimbang, normal dan sihat. Apabila ia teroksida, ia akan menjadi berbahaya. 
Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa Vitamin E bertindak sebagai antioksidan pelindung yang melawan pengoksidaan kolestrol. Hal ini adalah disebabkan oleh vitamin E boleh melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh badan yang mana ia akan membawa kepada pengoksidaan kolestrol.

Membaiki Kulit yang Rosak


Vitamin E membantu untuk menguatkan dinding kapilari bagi kulit anda serta meningkatkan kelembapan dan keanjalannya sekaligus bertindak sebagai nutrien anti penuaan kepada tubuh badan anda.
Kajian telah menunjukkan bahawa Vitamin E membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh badan dan kulit anda, mengekalkan kesihatan serta keremajaan kulit.
Semua sifat antioksidan juga bermanfaat apabila anda sering terdedah kepada asap rokok atau sinaran ultraunggu daripada matahari dan melindungi kulit daripada kanser kulit. 
Pengambilan Vitamin E bersama Vitamin C membantu untuk melawan keradangan kulit selepas ia terdedah kepada sinar UV dan juga membantu untuk mengurangkan tanda-tanda jerawat dan ekzema.
Vitamin E juga membantu untuk proses penyembuhan kulit. 
Vitamin E diserap oleh lapisan epidermis kulit dan boleh merawat kulit yang terbakar disebabkan sinaran matahari yang menjadi salah satu punca utama kepada gelaja kanser kulit.
Disebabkan oleh Vitamin E ini mempercepatkan pembinaan sel, ia boleh merawat calar, jerawat dan kedutan kulit. 
Akhirnya, kulit anda akan menjadi kelihatan lebih sihat dan muda.

Meningkatkan Penglihatan

Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko pereputan makular yang menjadi punca kepada kebutaan.
Sentiasa ingat, bahawa untuk membolehkan Vitamin E berkesan kepada penglihatan, ia mesti disertakan dengan pengambilan Vitamin C, Beta Karotina dan Zink.
Ia juga didapati bahawa apabila pengambilan Vitamin E dan A yang tinggi setiap hari berkesan untuk merawat penglihatan bagi mereka yang menjalani pembedahan mata secara leser.


Meningkatkan Tenaga Fizikal dan Kekuatan Otot


Vitamin E boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan fizikal. 
Ia boleh meningkatkan tenaga anda dan mengurangkan tahap tekanan oksidatif terhadap otot ketika bersenam. 
Vitamin E juga boleh meningkatkan kekuatan otot.
Ia boleh menghilangkan kepenatan yang dengan cara melancarkan pengaliran darah dalam tubuh badan dan menguatkan dinding kapilari darah dan menyegarkan sel-sel.

Kesan kurang Vitamin E kepada Tubuh Badan

Kekurangan Vitamin E adalah jarang-jarang berlaku dan ia hampir tidak disebabkan oleh diet yang tidak seimbang. Terdapat beberapa situasi yang spesifik yang membawa kepada kekurangan Vitamin E.
Seorang bayi pramatang yang lahir dengan berat kurang daripada 3.5 pound terdedah kepada bahaya kekurangan Vitamin E namun seorang pakar pediatrik yang pakar dalam penjagaan bayi akan membuat perkiraan tentang keperluan nutrien yang diperlukan oleh bayi tersebut.
Mereka yang mengalami masalah penyerapan lemak, yang merupakan masalah biasa bagi yang menghidapi penyakit keradangan saluran makanan boleh terdedah kepada kekurangan vitamin ini.
Mereka yang menghadapi masalah berkenaan paras lemak dalam diet juga menghadapi risiko yang sama. Maka, di situ terdapat satu keperluan untuk proses penyerapan Vitamin E. Termasuklah juga mereka yang disahkan menghidapi penyakit cystic fibrosis, gastrik atau penyakit Crohn’s, pengakit hati atau masalah pankreatik. Tanda-tandanya termasuklah, kehilangan koordinat otot dan ketidaksamaan penglihatan dan kata-kata.


Berminat nak beli Vitamin E Complex Shaklee?

Boleh whatsapp saya.
Mawaddah Mohammad
Shaklee Independent Distributor
0105751869

                                                                                                                        



No comments